RANTAU PANJANG: “Apabila saya dan suami pergi lihat rumah, hanya nampak bumbung dan tahap sedih itu hanya Allah saja yang tahu apabila melihat semua barang tidak dapat diselamatkan.
Hancur luluh hati saya.“Hanya dokumen penting sahaja yang selamat, lain-lain habis. Bukan saya seorang, sebaliknya semua rumah hampir 60 di Kampung Tersang, tenggelam.
“Buntu memikirkan nasib selepas ini dengan keadaan banjir yang mungkin masih ada gelombang lain selepas ini,”
Demikian luahan penduduk, Suriani Daud, 50, yang kini berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Gual To’Deh di sini.
Katanya, ketika dia berpindah ke PPS dua minggu lalu sejak gelombang kedua, paras air ketika itu belum memasuki ke dalam rumah, namun kali ini banjir sangat teruk sebagaimana Disember tahun lalu dan Februari lalu.
“Sehingga semalam, saya melihat rumah paras air masih tinggi. Sedih melihat habis barang dalam rumah, terapung.
“Banjir kali ini teruk sebagaimana Disember tahun lalu dan tidak boleh dibayangkan kehidupan kami penduduk di sini selepas ini.
“Ini kali ketiga kami dilanda banjir dan gelombang ketika adalah paling teruk,” katanya.
| ARTIKEL BERKAITAN
- Banjir: Penduduk Rantau Panjang panik serbu kedai runcit
- Banjir: Ratusan terperangkap di ICQS Rantau Panjang
- BANJIR: TNB tutup beberapa pencawang elektrik di Rantau Panjang
- Banjir: Kompleks ICQS Rantau Panjang ditutup hari ini
- Hentikan tular Rantau Panjang lumpuh, banjir masih terkawal
- Kompleks ICQS Rantau Panjang ditutup akibat banjir
- 90 peratus kawasan Rantau Panjang dilanda banjir
- Johor dan Sabah negeri terbaharu dilanda banjir, 28,310 mangsa di seluruh negara