Tumpuan :
Nasional

“Sedia Pasukan Paramedik Buat Anggota Penyelamat dan Keselamatan” – Menteri Kesihatan

Oleh: Ain Shafiqah Zaki

PASIR MAS: Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa bercadang untuk menyediakan pasukan paramedik buat anggota penyelamat & keselamatan.

Itu bagi memastikan agar mereka dapat lakukan pemeriksaan kesihatan berkala supaya tahap kesihatan anggota dalam keadaan memuaskan.

Beliau berkata demikian semasa sidang media di Pejabat Kesihatan Daerah Pasir Mas mengenai situasi semasa banjir.

KKM dalam pada itu turut bekerjasama dengan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk memberikan perkhidmatan kesihatan mental dan sokongan psikososial di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

KKM juga mempertimbangkan untuk mempercepatkan bantuan banjir dari segi aset contohnya ambulans pacuan empat roda untuk fasiliti kesihatan yang terjejas akibat banjir.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis dikejarkan ke Hospital Selayang berikutan mengalami keletihan dan angin ahmar ringan semasa operasi mencari dan menyelamat (SAR) tragedi tanah runtuh di Batang Kali.

Loading...
Terkini