comscore
Tumpuan :
Nasional

Sebuah syarikat tampil  mengaku bagasi berisi lebih RM500,000 milik mereka

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan (dua kiri) bersama pegawainya menunjukkan sebuah bagasi berisi wang lebih RM500,000 yang dijumpai ditempat letak kereta sebuah pusat beli belah dekat Damansara

PETALING JAYA: Polis Selangor mengesahkan menerima laporan daripada sebuah syarikat yang mendakwa bagasi ditemui di tempat letak kenderaan sebuah pusat beli belah dekat Damansara di sini, yang berisi wang tunai lebih RM500,000 adalah milik mereka.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata pihaknya menerima satu laporan yang dibuat di Shah Alam oleh syarikat terbabit.

“Laporan polis sudah dibuat di mana dikatakan wang itu adalah milik syarikat.

“Jadi siasatan sedang dijalankan polis untuk memastikan wang itu benar milik syarikat terbabit,” katanya ketika dihubungi malam ini.

Media hari ini melaporkan pengawal keselamatan sebuah pusat beli-belah di Damansara tidak menyangka bagasi yang ditemui di tempat letak kenderaan premis itu berisi wang tunai melebihi RM500,000.

Hussein berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang pengawal keselamatan warga tempatan berusia 30-an berkaitan penemuan sebuah bagasi berwarna merah jambu dan putih bersaiz sederhana kira-kira 8 pagi semalam.

Menurutnya, hasil pengiraan mendapati beg itu berisi wang kertas not RM50 dan RM100 dengan jumlah keseluruhan melebihi RM500,000.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini