comscore
Tumpuan :
Nasional

Sebuah keluarga berdepan detik cemas, tebing rumah runtuh akibat hujan lebat

Rohana menunjukkan tembok rumahnya yang runtuh selepas tebing terhakis susulan hujan lebat sejak petang tadi.

KOTA TINGGI: Sebuah keluarga di Taman Sri Saujana, di sini berdepan detik cemas apabila bahagian tepi kediaman mereka runtuh akibat hujan lebat berterusan sejak tengahari tadi.

Menurut penghuninya Rohana Sulaiman, 44, aliran air bawah tanah menyebabkan sebahagian tembok rumahnya dihakis.

Katanya, hakisan tanah di perkarangan ya rumahnya telah lama berlaku namun tiada sebarang tindakan diambil.

“Pihak berkuasa hanya menutup kawasan hakisan dengan kanvas.

“Hari ini hujan lebat kami dikejutkan dengan bunyi letupan sebelum tembok runtuh. Apabila tembok runtuh, hakisan tanah mula berlaku menyebabkan tembok rumah kami turut terjejas” katanya.

Beliau bimbang perkembangan itu akan mengancam keselamatan mereka dan berharap tindakan segera diambil pihak berkuasa bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

Anggota polis Kota Tinggi membantu mangsa berpindah selepas rumah mereka dilanda banjir kilat.

Dalam pada itu kira-kira 63 mangsa dari 18 keluarga dipindahkan ke dewan Al- Barakah, Kampung Sri Delima, jam 9.30 malam tadi selepas rumah merea dilanda banjir kilat.

Menurut kenyataan ibu pejabat polis daerah Kota Tinggi, hujan lebat sejak tengahari tadi menyebabkan air sungai melimpah ke kawasan penempatan penduduk sehingga menjejaskan kediaman di kawasan rendah.

“Air mulai surut, bagaimanapun mangsa tidak dibenarkan pulang ke rumah masing-masing berikutan cuaca yang tidak menentu” katanya.

Hingga malam ini tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini