comscore
Tumpuan :
Nasional

Sebahagian siling Skybridge KLIA Terminal 2 runtuh akibat cuaca buruk – MAHB

KUALA LUMPUR: Sebahagian kecil siling di Aras 3 Balai Berlepas Skybridge Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2 runtuh akibat cuaca buruk, menurut Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam insiden itu. Menerusi hantaran di X, MAHB memaklumkan kerja-kerja memperbaiki kerosakan sedang dijalankan dan kawasan tersebut ditutup hingga kerja-kerja berkenaan serta pemeriksaan keselamatan selesai.

“Sila elak kawasan yang ditutup untuk keselamatan anda. Jika anda memerlukan bantuan, sila hubungi Duta Airport CARE kami,” menurut MAHB. — BERNAMA

Loading...
Terkini