comscore
Tumpuan :
Nasional

Sebahagian Jabatan Farmasi Hospital Seremban terbakar

Kebakaran di salah satu ruang di Jabatan Farmasi Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), petang tadi – FOTO: NSTP

SEREMBAN: Kakitangan di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), cemas selepas salah satu ruang di Jabatan Farmasi hospital berkenaan terbakar petang tadi.

Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan, Datin Dr Harlina Abdul Rashid berkata, tiada mangsa yang dilaporkan cedera dalam insiden itu.

“JKNNS dengan ini mengesahkan satu kejadian kebakaran berlaku di salah satu ruang di Jabatan Farmasi di HTJ jam 4.05 petang tadi.

“Pasukan keselamatan hospital dan petugas hospital bertindak pantas membantu mengawal kebakaran sementara menunggu ketibaan pihak bomba,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Jalan Rahang berjaya memadamkan api di lokasi kejadian.

Punca kebakaran masih dalam siasatan. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini