Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Scammer perdaya orang ramai, guna AI suara Siti Nurhaliza 

FOTO: Ihsan CTDK/ Instagram

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil mendedahkan taktik terkini digunakan ‘scammer’ yang dipercayai menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi meniru suara dan wajahnya demi mengaut keuntungan.

Penyanyi nombor satu negara itu berkongsi mengenainya di laman instagram (IG) bagi memberi peringatan kepada orang ramai mengenai modus operandi pihak terbabit.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

“Palsu! Jangan percaya ‘scammer’!

“Ini adalah salah satu contoh kes cubaan menipu menggunakan nama, akaun media sosial yang ada nama dan gambar saya, siap letak suara Al untuk yakinkan orang ramai.

“Selebihnya, ambil mana-mana video ‘live’ saya dengan tujuan hendak perangkap supaya orang percaya,” katanya.

Dalam perkongsian itu, Siti turut meminta warga emas agar lebih berhati-hati kerana mereka cenderung menjadi golongan sasaran pihak tidak bertanggungjawab.

“Sudah banyak kes penipuan menggunakan nama Siti. Saya sangat berharap agar semua pihak berhati-hati kerana ‘scammer’ mencari sasaran orang yang berusia (warga emas) untuk memperdaya dengan tawaran hadiah wang tunai… Mereka sebenarnya penipu!” katanya.

Melalui perkongsian itu, dipaparkan individu yang didakwa menyamar sebagai Siti dan menghantar mesej melalui aplikasi WhatsApp sebelum menghubungi mangsa dengan menggunakan suara hasil janaan AI.

Malah, sesi ‘live’ yang pernah dikendalikan Siti disunting untuk menampakkan taktik penipuan mereka lebih realistik.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini