Tumpuan :
Nasional

Scam Kerja: Lelaki dibelasah majikan selepas dikesan minta bantuan pihak NGO untuk diselamatkan

Oleh: Ain Shafiqah Zaki

SEPANG: Dihentak kayu dan dicucuh api itu detik hitam yang tidak akan dilupakan seorang lelaki berusia 23 tahun yang berjaya diselamatkan dari sindiket pemerdagangan manusia di Myawaddy, Myanmar.

Mangsa dari Bayan Lepas, Pulau Pinang itu terjerat dengan penipuan sindiket berkenaan yang menawarkan gaji lumayan sebagai juruaudio di Thailand bulan lalu.

Terpedaya dengan tawaran bakal majikannya, dia serta rakannya kemudian diseludup ke Myanmar lalu dipaksa menjadi ejen ‘scammer’ bersama puluhan lagi rakyat Malaysia.

Tambah mangsa yang ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, KLIA Terminal 2 malam tadi, mukanya teruk dipukul sehingga berdarah apabila tindakannya menghubungi Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) diketahui sindiket berkenaan.

“Mangsa terus maklum bahawa dia dipukul dengan begitu teruk dan malam itu juga saya bersama rakan di Myanmar bersama dan pihak berkuasa Thailand, kita tunggu di sempadan untuk keluarkan mangsa,” ujar Azirul Shafiq selaku pegawai khas MHO yang turun padang bagi menyelamatkan mangsa berkenaan.

Selain merayu kerajaan mengambil tindakan sewajarnya, MHO turut menyeru orang ramai agar tidak terpedaya dengan janji manis sindiket yang menawarkan pekerjaan dengan gaji lumayan.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini