SHAH ALAM: Nurul Shuhada Mat Shukri, isteri kepada pelakon, Hafidz Roshdi berkata, dia hanya mahukan anak-anaknya dan berharap agar urusannya dipermudahkan.
Nurul Shuhada berkata demikian ketika ditemui media sebaik tiba di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, kira-kira jam 3.20 petang.
Hari ini adalah prosiding sebutan kes tuntutan hadanah buat Hafidz Roshdi dan isterinya terhadap dua anak mereka, Humairah, 6, dan Umar, 2.
Nurul Shuhada hadir bersama peguamnya, Nurfarhana Abd Manaf.
Hafidz Roshdi, 29, sebelum ini memfailkan dua hadanah penuh dan sementara terhadap dua anaknya itu di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016.