comscore
Tumpuan :
Nasional

“Saya menangis sepanjang perjalanan dari Alor Setar ke Pulau Pinang” – Sim Tze Tzin

FOTO: Facebook Sim Tze Tzin

KUALA LUMPUR: “Saya menangis sepanjang perjalanan dari Alor Setar ke Pulau Pinang. ‘My heart was broken’ (Hati saya amat sedih),”

Itu luahan Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin, melalui hantaran dalam Facebook beliau, malam tadi sebaik mengetahui pemergian sahabatnya, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Tze Tzin turut berkongsi pesanan bekas ‘bossnya’ itu.

“Sim, kamu tahu kenapa saya reda dan senang hati setiap hari?

“Setiap malam, sebelum saya tidur, saya maafkan semua musuh saya dan orang yang menyakitkan hati saya… barulah saya tidur.

Tze Tzin berkata, Timbalan Presiden AMANAH itu pernah mengajar amalan murni berkenaan kepadanya.

Beliau sekali gus menyifatkan Ahli Parlimen Pulai itu sebagai insan yang begitu baik hati dan peramah.

Loading...
Terkini