BATU PAHAT: Anak saudara Bella atau Mila Sharmila Samsusah yang dipeliharanya sejak kecil meluahkan rasa sedih ketika ditemui pada majlis pengebumian di Tanah Perkuburan Banang Jaya, Jalan Tanjung Laboh, petang semalam.
Muhammad Daiyan Aimar Fairuzizan,10 berkata dia berdoa setiap hari agar Bella selamat sejak berita kehilangannya lebih sebulan lalu.
“Sepanjang tempoh mami hilang selama lebih sebulan, setiap hari saya berdoa semoga mami selamat.
Saya sangat rindukan mami, tetapi akhirnya sedih apabila dimaklumkan mami sudah tiada kerana mati dibunuh,” katanya sambil mengalirkan air mata dan menangis teresak-esak.
Muhammad Daiyan terpaksa dipegang dan ditenangkan ahli keluarga ketika menabur bunga di pusara Bella yang dipanggilnya mami.
Muhammad Daiyan yang juga anak kepada kakak Bella, Norhisham, 36, berkata sepanjang kehilangan wanita yang dianggap ibu kandungnya itu, dia kebingungan dan bimbang dengan keselamatannya.
“Mami jaga saya penuh kasih sayang, tidak pernah sesekali memukul saya. Apa saja yang minta, pasti mami tunaikan, tetapi kenapa ada orang bertindak begitu terhadapnya sampai saya kehilangan mami,” katanya sambil menitiskan air mata.
Semalam, teman lelaki Bella, Mohammad Haikal Mahfuz, 24, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret Batu Pahat, atas pertuduhan membunuh wanita itu.
Lelaki itu adalah suspek utama pembunuhan Bella selepas dia memandu arah polis ke lokasi penemuan rangka wanita itu di Kampung Batu 7, Tongkang Pechah, pada petang Jumaat lalu.
Ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dijalankan Jabatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru, Sabtu lalu, mengesahkan rangka itu milik Bella kerana ia sepadan dengan sampel diambil daripada ibu dan kakaknya.
Sementara itu, ditanya pesanan terakhir Bella kepadanya, Muhammad Daiyan yang juga murid Tahun Tiga itu berkata, maminya itu kerap memintanya tidak meninggalkan solat dan jangan nakal.
“Walaupun sejak kecil saya dijaga mami, tetapi dia selalu berpesan supaya saya dengar cakap ayah, ibu dan jangan nakal. Mami sangat baik dengan saya, sebab itu saya sedih apabila mami sudah tiada.
“Saya doakan Allah ampunkan semua dosa mami,” katanya.
Sementara itu, anak lelaki Bella, Eusof Abdul Fatah, 4, dan Maream Isabel, 2, kelihatan terpinga-pinga dan seakan sukar memahami apa yang berlaku ketika melihat jenazah ibu mereka dikebumikan.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
| ARTIKEL BERKAITAN
- [VIDEO] Jenazah Bella selamat dikebumi
- [VIDEO] Jenazah Bella tiba di Batu Pahat
- [VIDEO] ‘Uncle selalu pukul Mummy..’
- Ujian DNA: Rangka manusia sah Bella
- Rangka orang Islam diurus seperti jenazah biasa – EXCO agama
- [VIDEO] Kes Bella: Keputusan DNA paling lewat minggu depan
- [VIDEO] Rangka manusia ditemui, keluarga Bella dipanggil untuk pengecaman
- [VIDEO] “Saya harap rangka itu bukan Bella” – Kakak
- [VIDEO] Penemuan rangka: Ujian DNA dijangka selesai dalam masa terdekat
- Bella terlentang sedang meronta-ronta, tangan dan kaki terikat – Emak
- Saya yakin teman lelaki Bella tahu mengenai kehilangan adik saya – Norhisham
- ‘Selamat tinggal Bella, aku sayang sangat kau…’
- Mahkamah Batu Pahat jadi tumpuan hari ini, pembunuh Bella akan didakwa
- [VIDEO] Teman lelaki Bella didakwa hari ini
- Teman lelaki didakwa bunuh Bella