comscore
Tumpuan :
Nasional

Saya anggap kandungan isteri sebagai pengganti – Bapa mangsa lemas  

FOTO: NSTP

BACHOK: Kehadiran ibu salah seorang mangsa lemas di kem tentera Temerloh, Pahang di pengebumian anaknya malam ini, mengundang pilu ramai.

Noraidil Azila Hashim,35, terpaksa dipapah bagi ketika berada di pengebumian anaknya, Aiman Syafiq Sudirman, 11 di Tanah Perkuburan Islam Masjid Mukim Badak, Melawi jam 9.20 malam ini.

Bapa mangsa, Sudirman Mustafa, 37 berkata, isterinya sedang mengandung anak keempat dengan usia kandungan lapan bulan.

Katanya, arwah Aiman adalah anak sulung mereka daripada tiga beradik.

“Saya anggap kandungan isteri sebagai pengganti.

“Ketika kejadian, saya sedang bertugas dan kali terakhir berjumpa anak ketika menghantarnya ke kelas mengaji,” katanya ketika ditemui di tanah perkuburan itu di Kampung Badak, di sini, hari ini.

Sudirman berkata, mereka tinggal di kem berkenaan sejak 15 tahun lalu dan anaknya tidak pernah ke kawasan kolam berkenaan sebelum ini.

Katanya, bagaimanapun dia redha dengan kejadian yang berlaku.

Pengebumian kanak-kanak itu dihadiri 300 orang termasuk anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), ahli keluarga dan penduduk kampung.

Terdahulu, media melaporkan dua kanak-kanak dan seorang remaja lemas dalam kolam latihan kereta kebal, petang semalam.

Selain Aiman, dua lagi mangsa adalah Amar Mukhlis Mohd Anizan, 13 dan Muhammad Shafiq Aswad Shahril Naim, 11.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini