comscore
Tumpuan :
Dunia Seni

‘Saya ada minta naikkan gaji RM500’ – Tyzo

Tyzo terkejut pihak pengurusan Suria FM buat kesimpulannya tidak berminat hanya kerana tak memaklumkan dua bulan sebelum kontrak tamat. – Foto: NSTP

KUALA LUMPUR: Penyampai radio Suria FM, Tyzo mengaku ada meminta menaikkan gajinya sebanyak RM500, walaupun tidak dipersetujui pihak pengurusan namun dia tetap menandatangani kontrak pada September lalu.

“Saya mengaku ada minta naikkan gaji RM500 walaupun pihak pengurusan tak bersetuju. Namun, saya tetap tandatangani kontrak pada September lalu.

Dia menafikan tidak berminat menyambung kontrak seperti didakwa Pengerusi Star Media Radio Group (SMRG) Berhad, Datuk Dr Mohd Aminuddin Mohd Rouse dalam sidang media, petang tadi.

Katanya, kebiasannya pihak pengurusan akan bertanya pada saat akhir iaitu seminggu sebelum kontrak tamat.

Namun, katanya, dia terkejut pihak pengurusan Suria FM buat kesimpulannya tidak berminat hanya kerana tidak memaklumkan dua bulan sebelum kontrak tamat.

“Mereka buat kesimpulan saya tak berminat hanya sebab saya tak ‘update’ pihak pengurusan, sedangkan sebelum ini seminggu sebelum kontrak tamat barulah mereka akan tanya dan sambung kontrak.

“Tapi, lain pula cerita kali ini? Sebelum ini, kontrak Sharifah Shahirah diperbaharui enam bulan sekali, tapi kenapa bila giliran saya terus buat kesimpulan saya tak berminat?

“Jika besar kepala atau diva, saya takkan tandatangani kontrak walaupun syarikat nak naikkan gaji,” katanya.

Loading...
Terkini