comscore
Tumpuan :
Nasional

Satu PPS tempatkan mangsa ribut dibuka

SEPANG: Satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Balairaya Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Pulau Meranti dekat Putra Perdana, Dengkil, bagi menempatkan mangsa kejadian ribut.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, PPS yang dibuka pada 10 malam itu menempatkan tujuh mangsa daripada satu keluarga.

“Keluarga itu ditempatkan di PPS selepas bumbung rumah mereka di Pangsapuri Angsana, Bukit Puchong 2, tercabut diterbangkan angin akibat kejadian berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Setakat ini pihaknya tidak menerima laporan berkaitan jumlah rumah yang rosak akibat ribut itu.

Terdahulu, media melaporkan lebih 20 lokasi di sekitar Kampung Pulau Meranti, Taman Putra Perdana dan Pangsapuri Angsana Bukit Puchong 2, terjejas akibat ribut petang semalam.

Kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu menyebabkan beberapa infrastruktur awam, masjid, surau, premis perniagaan dan rumah penduduk turut mengalami kerosakan.

Loading...
Terkini