comscore
Tumpuan :
Nasional

Satu PPS dibuka di Pontian

Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Pontian pada jam 10.45 pagi tadi, berikutan banjir kilat yang berlaku di daerah itu. Foto: Ihsan APM)

JOHOR BAHRU: Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Pontian pada jam 10.45 pagi tadi, berikutan banjir kilat yang berlaku di daerah itu.

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, PPS yang dibuka di Pusat Kokurikulum Kampung Sungai Tempayan itu kini menempatkan tujuh orang mangsa terdiri daripada dua buah keluarga.

“Setakat jam 2 petang ini, sebuah PPS dibuka di Pontian dengan mangsa yang dipindahkan adalah penduduk Kampung Sungai Moleh, Pekan Nenas.

“Insiden banjir kilat di daerah Pontian itu tidak membabitkan sebarang kematian,” katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).

Sementara itu, tiada amaran ribut petir dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia untuk semua daerah di negeri ini.

Pada masa sama, dilaporkan, hujan berlaku di Johor Bahru, manakala mendung di Pontian, Segamat dan Kulai dan hari cerah di enam daerah yang lain.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini