Tumpuan :
Nasional

Satu pertiga remaja Malaysia lakukan hubungan seks sebelum 14 tahun

33 peratus remaja di Malaysia terlibat dalam aktiviti seksual sebelum mencapai umur 14 tahun!

Trend yang sangat membimbangkan itu dikongsi dalam penemuan utama Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) Institut Kesihatan Umum: Tinjauan Kesihatan Remaja (AHS) 2022, yang melibatkan pelajar sekolah menengah berumur 13 hingga 17 tahun.

Tinjauan yang dijalankan dari 12 Jun hingga 8 Julai tahun lepas menunjukkan bahawa 154,646 remaja di Malaysia terlibat dalam aktiviti seksual, menimbulkan kebimbangan tentang kesejahteraan belia negara.

Daripada jumlah itu, 33 peratus atau satu pertiga daripada remaja, iaitu 51,036 termasuk dalam kategori melakukan aktiviti seksual pada usia yang sangat muda.

Manakala 75 peratus daripada remaja yang aktif secara seksual melaporkan penglibatan seksual baru-baru ini.

Lebih membimbangkan, pendedahan bahawa 88 peratus remaja aktif dalam aktiviti seks, mengaku tidak menggunakan sebarang bentuk pencegah kehamilan, menunjukkan keperluan mendesak untuk langkah proaktif bagi menangani isu terbabit.

Manakala 11 peratus daripada remaja yang aktif dalam aktiviti seks ini mempunyai lebih daripada seorang pasangan, sekaligus meningkatkan risiko berkaitan tingkah laku mereka.

Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS): Tinjauan Kesihatan Remaja (AHS) 2022 bertujuan untuk menilai tingkah laku risiko kesihatan dan faktor perlindungan dalam kalangan pelajar menengah di Malaysia, sebagai proksi status kesihatan
di kalangan remaja di Malaysia.

Loading...
Terkini