comscore
Tumpuan :
Nasional

Satu maut, dua parah kenderaan terjunam ke laluan air

 

LUNDU: Seorang maut manakala dua lagi parah selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas lalu terjunam ke laluan air di Jalan Stunggang Ulu, di sini pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Sarawak berkata pihaknya menerima pangilan kecemasan berhubung kejadian itu pada sekitar jam 11.22 pagi tadi menerusi pangilan terus ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu.

Katanya, sembilan anggota dari balai berkenaan bergegas ke lokasi kejadian iaitu kira-kira 16 kilometer dari balai bomba itu.

“Setibanya di lokasi kejadian didapati satu kemalangan kendiri membabitkan kenderaan jenis Perodua Myvi dengan tiga mangsa.”

“Seorang mangsa disahkan maut di tempat kejadian oleh pasukan Paramedik Kementerian Kesihatan (KKM) manakala dua lagi mengalami kecederaan parah,” katanya menerusi satu kenyataan.

Beliau berkata mangsa yang cedera kemudiannya dihantar ke Hospital Lundu bagi mendapatkan rawatan.

Manakala mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan.

Loading...
Terkini