comscore
Tumpuan :
Nasional

Satu lagi anak syarikat Khazanah Nasional dalam radar SPRM

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan pihaknya meneliti dakwaan penipuan membabitkan ekuiti swasta sebuah firma dimiliki oleh Khazanah Nasional Berhad (Khazanah Nasional).

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya mengambil maklum dakwaan yang dibuat oleh pemberi maklumat mengenai aktiviti pelaburan menggunakan dana wang negara itu.

“Kami menyedari dakwaan yang didedahkan itu dan kami perlu melakukan analisis terlebih dahulu,” katanya ketika dihubungi.

Baru-baru ini, sebuah portal berita mendedahkan ada pihak memaklumkan kepada SPRM berhubung dakwaan penipuan membabitkan ekuiti swasta milik Khazanah Nasional.

Dalam laporan itu, firma ekuiti persendirian yang diterajui seorang individu yang juga adik kepada seorang daripada pengurusan tertinggi Khazanah Nasional.

Firma berkenaan juga dipercayai diwujudkan hasil cetusan idea Khazanah Nasional yang bertanggungjawab menyediakan pelaburan kepada syarikat yang terbabit dalam pembangunan teknologi perubatan.

Selain itu, pemberi maklumat juga dalam laporannya turut menyatakan bahawa firma berkenaan turut membuat beberapa pelaburan yang boleh dipersoalkan termasuk satu bentuk pelaburan ke atas sebuah syarikat yang sudah dilupuskan dan tidak disenaraikan lagi.

Dakwaan terbaru ini wujud susulan siasatan SPRM terhadap Khazanah Nasional dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam kegagalan pelaburan oleh FashionValet (FV).

Tindakan ini adalah susulan kerugian pelaburan besar berjumlah RM43.9 juta yang dikaitkan dengan Khazanah Nasional dan PNB.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini