comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Satu Al-Quran dibakar, sejuta Al-Quran Malaysia cetak

Oleh Juliana Sharin

PUTRAJAYA: Kerajaan akan mencetak sejuta Al-Quran dan mengedarkannya ke seluruh dunia sebagai tindak balas terhadap perbuatan keji pemimpin parti politik sayap kanan Sweden, Rasmus Paludan yang membakar senaskhah al-Quran di Stockholm minggu lalu.

 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebanyak RM2 juta telah disumbangkan kepada Yayasan Restu hari ini untuk tujuan berkenaan.

“Saya setuju cara paling berfaedah menjawab semua kerja gila dan biadap ini adalah untuk meneruskan usaha yang telah dimulakan.

“Kita bertekad, insyaAllah dalam masa singkat, mengikut berperingkat untuk mencetak dan mengedar 1 juta al-Quran ke seluruh dunia” katanya ketika ditemui selepes
melawat operasi pencetakan al-Quran di Kompleks Nasyrul Quran di sini hari ini bersempena Festival Seni Al-Quran Restu Global.

Beliau juga akan menghubungi negara islam lain untuk menyelaraskan pengedaran dengan lebih berkesan.

Tamba beliau lagi, tindakan itu juga akan disusuli dengan beberapa program ke arah penghayatan dan pemahaman dengan mesej dan risalah yang jelas.

Loading...
Terkini