KUCHING: Sarawak bersedia untuk membantu memenuhi keperluan penjanaan tenaga boleh diperbaharui Brunei jika ia diperlukan oleh negara terbabit.
Ia dinyatakan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan kepada pemimpin negara itu ketika lawatan rasminya ke negara itu, baru-baru ini.
Beliau berkata, sebagai antara negara yang menandatangai Deklarasi Paris, 10 peratus daripada keseluruhan tenaga yang dijana mestilah berasal daripada sumber tenaga boleh diperbaharui.
Justeru tegasnya, Sarawak tidak mempunyai masalah untuk membekalkan tenaga terbabit kepada Brunei jika ia diperlukan bagi memenuhi komitmen Deklarasi Paris itu.
“Jadi kita bagi tau dengan negara brunei kalau dia perlu bantuan kita kita bersedia kalau dia (Brunei Darusalam) perlu.
” Sebaliknya kalau tak perlu tak apa, kalau dia perlu kita bersedia untuk membekalkan renewal energy kepada negara Brunei Darussalam,” katanya pada sidang media Peringkat Sarawak di sini.
Bagaimanapun ujar Awang Tengah, keutamaan lawatan terbabit adalah untuk memberi maklum kepada Brunei berkenaan rancangan meneruskan pembinaan Lebuhraya Trans Borneo yang melalui Sarawak, Brunei dan Kalimantan di Indonesia yang tergendala sebelum ini.
Ia bagi mendapatkan kerjasama antara kedua-dua negara untuk memastikan kelancaran pembinaan lebuhraya itu .