comscore
Tumpuan :
Nasional

Sarawak minta Kerajaan Persekutuan serah kuasa tadbir, urus Pelabuhan Bintulu

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof selepas menunaikan Solat Isyak dan Solat Terawih bersama Penduduk di Masjid Darul Ibadah Kampung Kudei Lama, Kuching.

KUCHING: Jawatankuasa Teknikal Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) baharu sahaja menerima surat daripada Kerajaan Sarawak berkenaan tuntutan untuk menyerahkan pengurusan dan pentadbiran Pelabuhan Bintulu kembali kepada Kerajaan Negeri.

Ini kerana, perkara itu termaktup dalam Pelembagaan Persekutuan bahawa pengurusan serta pentadbiran pelabuhan berkenaan adalah dibawah bidang kuasal Kerajaan Negeri.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, susulan penerimaan surat berkenaan, perundingan menegenai perkara itu akan dimulakan diperingkat persekutuan membabitkan kementerian kewangan dan kementerian berkaitan.

Ia bagi melihat perincian dan pandangan kementerian terbabit mengenai penyerahan kuasa pentadbiran dan pengurusan perlabuhan terbabit kepada kerajaan Sarawak.

“Apabila dah terima surat kita akan adakan mesyuarat diperingkat persekutuan dulu bersama agensi yang berkenaan untuk melihat pandangan mereka dan sebagainya.

“Kemudian untuk diwujudkan satu jawatankuasa diantara Kerajaan Persekutuan dan negeri diperingkat pentadbiran untuk dibincangkan dan kalau dapat diselesaikan maka iayanya akan dibawa ke peringkat teknikal begitu juga kalau tak dapat diselesaikan ianya juga akan dibawa dan akhirnya akan diputuskan diperingkat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menunaikan Solat Isyak dan Solat Terawih bersama Penduduk di Masjid Darul Ibadah Kampung Kudei Lama di Kuching.

Menurut Fadillah, Pembangunan Pelabuhan Bintulu sebelum ini dibiayai sepenuhnya dan ditadbir oleh Kerajaan Persekutuan secara interim.

Perkara terbabit katanya, disebabkan kemungkinan kerajaan negeri pada ketika itu tidak mempunyai keupayaan membangunkan pelabuhan khusus untuk keperluan industri minyak dan gas.

Loading...
Terkini