comscore
Tumpuan :
Nasional

Sarawak cadang teliti perundangan babitkan peniaga barangan lusuh

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg

Oleh: Kadir Edison 

KUCHING: Sarawak bercadang untuk meneliti semula perundangan membabitkan peniaga-peniaga barangan lusuh termasuk Seksyen 6 Akta Peniaga Sekendhend 1946.

Penelitian berkenaan bagi mencegah pembelian besi atau barang lusuh hasil daripada kegiatan jenayah curi kabel dan Vandelime.

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, bagaimanapun beliau akan merujuk terlebih dahulu kepada Jabatan Penguam Besar Negeri Sarawak  memandangkan akta terbabit merupakan akta di bawah kerajaan persekutuan.

“Saya akan rujuk kepada Peguam Besar Negeri mengenai perkara itu dan mungkin kita melihat Undang-undang lain yang boleh diguna pakai seperti Undang-Undang Kerajaan Tempatan.

“Saya merasakan ini perlu, kerana saya nampak bahawa hukuman yang dikenakan di bawah akta itu iaitu penjara dua tahun dan denda sebanyak RM5,000 itu tidak memadai kalau dibandingkan dengan kesannya kepada masyarakat kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan kempen pencegahan vandalisme terhadap kemudahan Utiliti dan Telekomunikasi di Kuching.

Menurut  Tan Sri Abang Johari, penelitian semula akta berkenaan perlu bagi mencegah pembelian barangan lusuh yang tidak sah sumbernya oleh peniaga barangan atau besi lusuh khususnya melibatkan kabel-kabel peralatan telekomunikasi atau talian bekalan utiliti.

Jelasnya, jumlah hukuman yang dikenakan di bawah akta berkenaan dilihat tidak memadai dengan kesan terhadap masyarakat awam susulan kerosakan kabel-kabel utiliti akibat perbuatan pihak tidak bertanggungjawab.

Tahun lalu, sebanyak seribu, 406 kes vandelisme membabitkan kemudahan Utiliti dan Telekomunikasi membabitkan cagaran nilai kerugian sebanyak 20 juta ringgit.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini