comscore
Tumpuan :
Nasional

Saraf mata Zahid tak berfungsi – Nurulhidayah 

Foto : NSTP

KUALA LUMPUR: Anak Timbalan Perdana Menteri, Datuk Nurulhidayah mendedahkan mata bapanya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kelihatan lebam dan bengkak kerana menjalani pembedahan mata.

Menurutnya, bapanya itu masih dalam proses pemulihan selepas menjalani pembedahan mata kerana saraf tidak berfungsi.

Beliau membuat pendedahan itu di ruangan komen laman sosial Instagrammnya malam tadi yang menyatakan bapanya terpaksa melakukan pembedahan kerana saraf pada bahagian mata tidak berfungsi.

“Iya… saraf mata dia tak berfungsi. Itu mata dia jadi (kelihatan) jatuh.

“Buat muka untuk apa, bukan ‘superstar’ pun. Kalau sampai mudarat sebab saraf mata kena la buat sesuatu,” katanya.

Dalam masa sama, Nurulhidayah memaklumkan sebagai ahli politik dan menggalas tanggungjawab besar dalam pentadbiran kerajaan, bapanya tidak mengambil cuti lama selepas menjalani pembedahan.

Terdahulu keadaan mata Ahmad Zahid yang lebam menjadi tanda tanya orang ramai selepas dilaporkan bercuti dua minggu.

Loading...
Terkini