comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] SAR veteran komando dikhuatiri lemas diperluas lebih 5km 

KLUANG: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesara komando yang dipercayai terjatuh ke dalam longkang di Jalan Ismail di sini, ketika banjir kilat melanda Khamis lalu, diperluas sejauh lebih lima kilometer dari lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Nor berkata, tiga pasukan pencarian turut dibantu unit dron ATM dan polis.

Dalam kejadian Khamis lalu, pemeriksaan CCTV mendapati  Ab Manan Keri, 73 tahun  terjatuh ke longkang besar berhampiran Sungai Mengkibol.

Lebih 100 anggota penyelamat terbabit dalam operasi yang dibahagi kepada tiga zon pencarian.

Ia termasuk sepanjang Sungai Mengkibol sejauh lebih lima kilometer dan sekitar jambatan Kampung Palembang.

Tinjuan dron turut dilakukan  selain bantuan unit anjing pengesan K9.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini