comscore
Tumpuan :
Nasional

SAR pemburu dan anak saudara yang hilang seminggu diteruskan hari ini

Foto ihsan Bomba
Foto ihsan Bomba

TAWAU: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) lelaki dan anak saudaranya yang hilang selepas keluar memburu di kawasan hutan berhampiran Ladang OP 6 Usahawan Borneo Brumas, dekat sini, diteruskan hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, operasi yang memasuki hari ke-3 itu diteruskan kira-kira jam 6.45 pagi ini selepas ditangguhkan lewat petang semalam.

Beliau berkata, operasi pencarian yang turut disertai enam anggota polis itu dimulakan dengan jarak sejauh lima kilometer dari tempat masuk mangsa dipercayai memulakan aktiviti berburu.

“Berdasarkan maklumat yang kita perolehi setakat ini, kedua-dua mangsa dikenali sebagai Iwan Bin Musakir, 33, dan anak saudaranya, Al Fajriada, 11 tahun.

“Selain itu, kita turut berdepan cabaran sepanjang pencarian termasuk tiada talian telefon dan liputan Government Intergerated Radio Network (GIRN) di lokasi,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan kedua-dua mangsa dikhuatiri hilang selepas keluar berburu di kawasan hutan berhampiran Ladang OP 6 Usahawan Borneo Brumas, dekat sini, sejak Sabtu minggu lalu.

Mereka dikatakan keluar berburu secara berkumpulan seramai lapan orang sebelum berpecah kepada beberapa kumpulan kecil ketika di dalam hutan.

Operasi SAR yang dilancarkan sejak kelmarin (Khamis) bagaimanapun gagal menemukan sebarang petunjuk dan kedua-duanya masih belum ditemukan.

Loading...
Terkini