comscore
Tumpuan :
Nasional

SAR guru dikhuatiri lemas di Sungai Pahang disambung pagi ini

MARAN: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang guru sekolah menengah yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Pahang ketika memancing ikan berhampiran jeti Chenor di sini, disambung semula jam 8 pagi ini.

Murdani Ab Rahman, 53, dilaporkan terjatuh ke dalam sungai sebelum dihanyutkan arus deras kira-kira jam 6 petang semalam.

Mangsa, Murdani Ab Rahman berusia 53 tahun disedari terjatuh ke dalam sungai oleh penduduk kampung di situ kira-kira jam 6.00 petang semalam. -FOTO: Ihsan Tn Otai Jengka/ Facebook

Ketua Polis Daerah Superintendan Wong Kim Wai berkata, Murdani yang bertugas di Sekolah Menengah Tengku Ampuan Afzan Chenor, memancing bersama seorang rakannya di sebuah rumah rakit di Pekan Lama Chenor kira-kira 5.50 petang.

“Kira-kira 10 minit kemudian, Murdani terjatuh ke dalam sungai sebelum dihanyutkan arus deras, rakannya meminta bantuan beberapa penduduk kampung berhampiran namun tidak dapat menyelamatkan mangsa.

“Penduduk kampung memaklumkan pihak berkuasa sebelum operasi SAR membabitkan polis, bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dimulakan jam 7.45 malam. Operasi ditangguhkan kira-kira jam 9.30 malam berikutan hujan lebat,” katanya dalam satu kenyataan.

Wong berkata, operasi pasukan SAR yang turut disertai penduduk kampung disambung semula jam 8 pagi ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini