TANJUNG MALIM: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kanak-kanak lelaki yang hilang dikhuatiri lemas ketika mandi di sungai diteruskan berdekatan Teratak River View Lubuk Hantu, Simpang Empat, pagi ini.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Malim, Mohd Zairul Fahmi Mohd Nazri berkata, operasi SAR pagi ini dibantu oleh 11 anggota bomba dari Pasukan Penyelamat di Air ( PPDA) dan Unit K9.
“Anggota PPDA terdiri daripada BBP Ipoh, BBP Kuala Kangsar BBP Teluk Intan dan tiga anggota dari Unit K9 serta dua ekor anjing pengesan.”
Operasi hari kedua diteruskan dengan teknik ‘ Surface Searching ‘ dan keadaan lokasi yang tidak mengizinkan untuk anggota PPDA membuat pencarian secara selaman,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Semalam, seorang kanak-kanak lelaki berumur lapan tahun hilang dikhuatiri lemas ketika mandi di sungai.
Mangsa, Edward Grang Anak Jenggut, 8 tahun dipercayai hilang ketika mandi di sungai terbabit.