Tumpuan :
Nasional

Sanusi sertai perlawanan bola sepak di FELDA Teloi Timur

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor ketika tiba di perkarangan padang awam Felda Teloi Timur di Sik bagi menyertai perlawanan persahabatan dengan penduduk kawasan berkenaan. – Foto: NSTP/Noorazura Abdul Rahman.

SIK: Selepas hampir satu malam dikatakan ‘menyepikan diri’ Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor membuat kejutan petang tadi apabila menyertai satu perlawanan bola sepak persahabatan bersama penduduk.

Perlawanan itu diadakan di sebuah padang awam di FELDA Teloi Timur di sini.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor ketika berucap sebelum menyertai perlawanan persahabatan dengan penduduk Felda Teloi Timur di sini, petang ini. – Foto: NSTP/Noorazura Abdul Rahman.

Beliau yang juga calon Perikatan Nasional (PN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri tiba di padang berkenaan kira-kira jam 6.13 petang, hanya menyampaikan ucapan kira-kira lima minit sebelum menyertai perlawanan persahabatan itu.

Lebih 1,000 penduduk FELDA Teloi Timur berkumpul sejak jam empat petang bagi menyaksikan kelibat dan mendengar ucapan Muhammad Sanusi.

ekas kapten bola sepak Kedah yang juga calon PN DUN Gurun, Baddrol Bakhtiar ketika hadir bagi memeriahkan pertandingan persahabatan antara pasukan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bersama pasukan penduduk Felda Teloi Timur di sini, petang ini. – Foto: NSTP/Noorazura Abdul Rahman.

Dalam perlawanan itu, Muhammad Sanusi bermain di posisi serangan dan memakai jersi nombor lapan.

Terdahulu pada kira-kira jam 5.45 petang, bekas kapten bola sepak Kedah, Baddrol Bakhtiar hadir dan meluangkan masa kira-kira 15 minit beramah mesra dengan pemain di atas padang.

Baddrol yang juga calon PN DUN Gurun turut melakukan sepakan penalti sebelum pulang pada jam 6 petang untuk berkempen di kawasannya.

Loading...
Terkini