Tumpuan :
Nasional

Sanusi dakwa pertuduhan untuk jejaskan peluangnya dalam PRN

Foto : NSTP

SELAYANG: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa mendakwa pemimpin kini tidak lagi boleh menggunakan medan politik untuk berhujah sesuatu perkara.

Beliau turut membidas tindakan ahli politik yang dilihat seolah-olah ‘muflis’ kerana menggunakan pihak berkuasa untuk menyekat kemaraan rakyat.

“Berikan hujah balas kepada perbincangan kita tetapi oleh kerana kita ada kerajaan yang takut, dia guna polis untuk tahan atau sekat ucapan kita,” katanya pada sidang media selepas selesai prosiding pendakwaan kesnya di Mahkamah Sesyen, di sini.

Menurut Sanusi, pertuduhan terhadapnya bertujuan menjejaskan peluang beliau dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Artikel berkaitan : Pertuduhan terhadap Sanusi sebab PRN – Awang Hashim

Pendakwaan itu juga kata beliau, dilakukan terlalu pantas dengan hanya tiga hari siasatan.

Malah katanya beliau juga ditahan oleh polis pada jam 3 pagi meskipun sebelum ini menegaskan sedia bekerjasama dan memberi jaminan akan hadir ke Mahkamah Sesyen Selayang pada pagi Selasa.

“Saya beri kerjasama penuh dari awal proses ini berjalan daripada siasatan. Ada siasatan kes lagi yang berkaitan satu ucapan di tempat lain pula”, katanya.

Sanusi juga mendakwa, puluhan peguam menyatakan kesudian untuk membantunya dalam kes terbabit namun kesnya diketuai peguam, Datuk Shaharuddin Ali.

Loading...
Terkini