comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Sanggup jalan kaki tengah panas, hantar anak masuk universiti 

Pihak universiti bergegas mendapatkan kenderaan untuk membantu keluarga berkenaan membawa bagasi masuk ke dalam kampus. – FOTO: UMPSA Malaysia /Instagram

KUALA LUMPUR: Satu klip video tular memaparkan sebuah keluarga berjalan kaki memasuki Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) ketika hari pendaftaran pada Sabtu.

Berdasarkan video yang dimuat naik di TikTok rasmi UMPSA semalam, ibu bapa tersebut tiba dari Sarawak menggunakan pengangkutan udara seterusnya menaiki bas untuk ke UMPSA bagi mendaftarkan anak perempuan mereka sebagai pelajar baharu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UMPSA Malaysia (@umpsamalaysia)


“Hebatnya kasih ayah dan ibu teman anak masuk UMPSA. Dari jauh nampak satu keluarga ini jalan kaki tengah panas. Ingatkan kereta rosak.

“Sedihnya tengok panas-panas ni jalan kaki tolak beg di saat yang lain naik kereta. Bila ditanya, katanya mereka datang dari Sarawak naik bas nak hantar anak masuk UMPSA.

“Pihak UMPSA bergegas carikan kereta untuk mereka masuk ke dalam kampus. Hebatnya kasih ayah dan ibu teman anak masuk universiti,” menurut keterangan pada video itu.

Sementara itu, rata-rata netizen tersentuh dengan tindakan keluarga itu kerana sanggup berpanas untuk menghantar anak ke universiti.

Video terbabit turut meraih lebih 45,000 tanda suka di TikTok, dikongsi lebih 3,000 kali dengan lebih 2,800 komen.

Loading...
Terkini