Oleh: Vinsla Santiran
KUALA LUMPUR: Samsung Malaysia menganjurkan Galaxy Land di Raintree Plaza, The Exchange TRX yang berlangsung dari 22 Februari sehingga 2 Mac depan.
Ia bagi memberi peluang kepada pengunjung untuk meneroka kecanggihan telefon pintar Samsung Galaxy S25 Series.
Sekaligus membuka ruang kepada pengunjung untuk menerokai fungsi canggih dan kecekapan telefon pintar itu, yang dilengkapi ciri-ciri antaranya ‘Audio Eraser’, ‘Best Face’ dan ‘Circle to Search with Google’ bagi memudahkan aktiviti harian pengguna.

Malam tadi pengunjung di Galaxy Land turut teruja menyaksikan persembahan daripada artis popular tanah air seperti Dolla, Uriah dan The Dukes.

Bagi pempengaruh, Ahmad Ezzrin Loy, sebagai pencipta kandungan peranti Samsung Galaxy S25 digunakannya untuk menghasilkan kandungan berkualiti tinggi.
“Kecerdasan buatan (AI) ini sangat penting dalam era ini, sebab itu Galaxy AI adalah satu keunikan berbanding telefon pintar lain, ia membantu dalam menyelesaikan tugasan,” katanya ketika ditemui Buletin TV3 di sini, malam tadi.
Orang ramai boleh menyertai pengalaman luar biasa dan menerokai ciri baharu Samsung Galaxy S25 Series dan Galaxy AI sehingga 2 Mac dari jam 10 pagi hingga 10 malam di Raintree Plaza, The Exchange TRX.
Lebih menarik, peluang memenangi hadiah eksklusif edisi terhad turut menanti, selepas melengkapkan beberapa aktiviti khas yang disediakan.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.