Tumpuan :
Nasional

Saman RM200 juta, Sanusi enggan ulas

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor

Oleh: Kumaran Rajamoney

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor enggan mengulas mengenai tuntutan permohonan maaf oleh Pengasas dan Penasihat Berjaya Corporation Berhad, Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun dan Berjaya Land Berhad (Berjaya Land).

Tuntutan itu dikatakan dibuat pada Sabtu (5 Ogos 2023) lalu susulan dakwaan Menteri Besar Kedah itu membuat kenyataan berunsur fitnah dan tidak benar mengenai Projek Gerbang Maritim Selangor (SMG).

“Tak. kes itu masih sedang berkembang. Dokumen sedang didedahkan. Kita tengoklah sehari dua lagi. No futher comment (tiada ulasan lanjut)”.

Artikel berkaitan: Vincent Tan, Berjaya Land tuntut Sanusi mohon maaf, bayar RM200 juta

Mengikut laporan, kenyataan itu dikatakan dibuat Muhammad Sanusi ketika kempen pilihan raya negeri (PRN) Kedah pada 2 Ogos lalu.

Vincent Tan menggariskan lima tuntutan kepada Muhammad Sanusi susulan dakwaannya itu.

Antara tuntutan itu termasuk Muhammad Sanusi perlu mengemukakan permohonan maaf secara terbuka dan tanpa syarat serta membayar RM200 juta kepada Vincent Tan dan Berjaya Land.

Vincent Tan memberi Muhammad Sanusi tempoh sehingga akhir hari ini untuk mematuhi kesemua tuntutan itu atau boleh menyebabkan tindakan undang-undang diambil ke atasnya.

Loading...
Terkini