comscore
Tumpuan :
Nasional

‘Sama ada MoU atau tidak, kerajaan tetap tidak meminggirkan rakyat’ – TPM Fadillah

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof (tiga dari kiri) merasmikan papan tanda Sungai Tebrau pada Sambutan Hari Air Sedunia peringkat kebangsaan di Sungai Tebrau, di sini. – FOTO: NSTP

Oleh: Zahir Senapiah

JOHOR BAHRU: Kerajaan tidak berhasrat membincang lanjut mengenai draf memorandum persefahaman (MoU) peruntukan Ahli Parlimen pembangkang setelah ia ditolak pihak pembangkang.

Begitupun Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kerajaan berjanji untuk terus memastikan nasib rakyat terus dibela.

“Peruntukan yang dibawah kerajaan tetap berjalan cuma tugas kami wakil rakyat biasanya hanya mencadangkan projek dan sebagainya apa jenis bantuan yang diperlukan, tapi program kerajaan memang sedia ada, tiada satu tempat pun dikecualikan semua mendapat manfaat sama ada ada mou atau pun tidak kerajaan tidak.

“MoU itu tidak memberi kesan kepada rakyat kerana peruntukan di bawah Kerajaan Pusat tetap akan disalurkan melalui pelbagai agensi kerajaan.

“Sama ada MoU itu ada atau tidak, Kerajaan Perpaduan tetap tidak meminggirkan mana-mana pihak, tak kira di kawasan pihak kerajaan atau pembangkang” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Sambutan Hari Sungai Sedunia Peringkat Kebangsaan 2024 di Sungai Tebrau, Kampung Bakar Batu, dekat sini.

Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (Petra) berkata, konsep kerajaan Madini adalah inklusif, ihsan, kesaksamaan.

Justeru tidak timbul soal rakyat dipinggirkan atau diketepikan oleh kerajaan.

Beliau mengulas mengenai pendirian pembangkang yang kekal menolak MOU berkenaan.

Semalam Perikatan Pasional (PN) memutuskan menolak dua draf cadangan MOU sebulat suara berhubung peruntukan kepada ahli Parlimen PN.

Keputusan itu jelas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah azainudfin atas empat sebab fundamental termasuk bertentangan dengan perlembagaan persekutuan dan nilai budaya, moral serta agama.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini