comscore
Tumpuan :
Nasional

Saksi kemalangan maut di Kuala Selangor, Sabtu lalu dicari polis

Polis minta saksi kemalangan maut membabitkan seorang penunggang motosikal di Kilometer 25 Jalan Klang-Teluk Intan, malam kelmarin. – Foto: Ihsan polis

KUALA SELANGOR: Polis sedang mengesan saksi kemalangan maut membabitkan seorang penunggang motosikal Honda Wave di daerah ini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, pihaknya menerima laporan kemalangan di Kilometer 25 Jalan Klang-Teluk Intan, jam 9.30 malam.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa Abdul Azim Jumari, 36, dari rumah ibunya di simpang masuk sebuah kedai makan menghala pulang ke rumahnya di Sungai Janggut.

“Tiba di lokasi, juruteknik Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) itu dipercayai gagal mengawal motosikalnya lalu terbabas dan jatuh ke jalan,” katanya dihubungi, hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh hubungi pegawai penyiasat trafik, Inspektor Norasyikin Roslan di talian 010-2621743.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini