HULU TERENGGANU: Wanita yang mayatnya ditemukan di dalam longkang berdekatan Pejabat Kesihatan Hulu Terengganu, awal pagi tadi dipercayai dilanggar oleh seorang suspek di lokasi kejadian yang kemudiannya bertindak melarikan diri.
Seorang saksi yang enggan dikenali berkata, dia yang berada di kawasan berhampiran terdengar suara wanita menjerit meminta tolong.
“Tidak berapa lama kemudian ternampak kelibat seorang wanita di tepi jalan dan dilanggar sebuah kereta sehingga terjatuh ke dalam longkang.
“Individu yang memandu kereta itu kemudiannya melarikan diri dengan menaiki sebuah kenderaan lain.
Wanita yang mayatnya ditemukan di dalam longkang berdekatan Pejabat Kesihatan Hulu Terengganu, awal pagi tadi dipercayai dilanggar oleh seorang suspek di lokasi kejadian yang kemudiannya bertindak melarikan diri. pic.twitter.com/WRCC2rvNZD
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) November 1, 2023
“Selepas itu saya hampiri kawasan longkang dan melihat mangsa dalam keadaan tertiarap,” katanya.
Mangsa berusia lingkungan 50-an dipercayai warga tempatan ditemukan tertiarap kira-kira jam 3 pagi tadi.
Tinjauan di tempat kejadian mendapati sebuah Honda Jazz yang mempunyai kesan kemalangan turut berada berhampiran lokasi penemuan mayat itu.
Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Hulu Terengganu (HHT).