comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Sabri Yunus, Angeline Tan selamat bernikah

Rakan artis, Issey Fazlisham memuat naik foto menghadiri majlis pernikahan Sabri dan Angeline melalui media sosial. – Foto IG Issey Fazlisham.

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengarah, Sabri Yunus, 62, melangsungkan pernikahan dengan Angeline Tan, 56, pada satu majlis ringkas di sini, pagi tadi.

Pasangan itu dinikahkan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau Dr Maza.

Pada majlis itu, Sabri menyerahkan mas kahwin berupa seutas rantai emas.

Pasangan itu tampil menggayakan persalinan sedondon rona putih.

Majlis pernikahan Sabri dan Angeline turut disiarkan melalui siaran langsung Facebook (FB) dan tular.

Sabri dan Ageline digandingkan buat kali pertama menerusi drama Pak Din KK pada 1992.

Ketika itu, Angeline menganggapnya sebagai guru dalam lakonan.

Mereka kemudian meraih populariti menerusi sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu.

Dalam sitkom itu, masing-masing menggalas watak Wan Ismail Golok dan Lucy.

Sabri sebelum ini kehilangan isteri Norraya Mohd Yusuf pada 2007 akibat kanser.

Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata.

Sementara Angeline pula memiliki dua anak daripada perkahwinan terdahulu.

Loading...
Terkini