Tumpuan :
Nasional

Sabah, Sarawak dijangka alami hujan lebat sehingga esok – MetMalaysia

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan tahap Buruk dan Waspada bagi beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak sehingga esok.

Menurut MetMalaysia, hujan lebat berterusan dijangka berlaku di beberapa daerah, berpotensi menyebabkan banjir serta mengganggu aktiviti harian penduduk.

Amaran hujan berterusan tahap Buruk dikeluarkan bagi daerah Sandakan, Telupid dan Beluran di Sabah.

Sementara itu, kawasan yang diletakkan di bawah tahap Waspada di Sabah ialah Pantai Barat melibatkan Ranau dan Kota Belud, serta daerah Sandakan (Kinabatangan) dan Kudat.

Di Sarawak, amaran tahap Waspada melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah.

MetMalaysia menasihatkan penduduk di kawasan terjejas agar berwaspada terhadap risiko banjir, tanah runtuh, serta kenaikan paras air sungai. Orang ramai juga disarankan mengelakkan aktiviti luar yang berisiko dan sentiasa mengikuti perkembangan cuaca terkini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini