Tumpuan :
Nasional

Sabah, Media Prima jalin kerjasama perluas agenda hala tuju “Sabah Maju Jaya”

Hajiji bergambar bersama Syed Hussian (dua kiri), Efendi (kanan) dan Azlan (kiri) ketika menerima kunjungan hormat pengurusan tertinggi Kumpulan Media Prima Berhad di Pejabat Ketua Menteri, Menara Kinabalu, hari ini.

Oleh: Safwan Sawi

KOTA KINABALU: Membuka ruang lebih luas dalam pelbagai perkara terutama hal berkaitan kepentingan rakyat yang perlu disebar luas bukan sahaja di Sabah malah seluruh negara.

Itu manfaat yang bakal dijana dalam usaha kerjasama kerajaan negeri Sabah dengan Media Prima, kata Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Ia menerusi dasar hala tuju Sabah Maju Jaya yang begitu komprehensif dan jelas dalam melaksanakan agenda pembangunan rakyat di negeri di bawah bayu itu.

“Bagi saya membuka ruang lebih luas dengan kerajaan negeri dengan Media Prima untuk bekerjasama dalam banyak perkara terutama mempunyai kepentingan rakyat yang perlu diketahui oleh umum sama ada di negeri Sabah atau di Semenanjung,”

“Jadi ianya amat berhasil dan saya amat berterima kasih kepada Media Prima dalam perjumpaan hari ini.

“Inilah kita yang akan mungkin boleh bekerjasama untuk memastikan hala tuju Sabah Maju Jaya ini dapat di bukan sahaja dilihat tetapi diketahui bukan sahaja di Sabah tetapi di negeri-negeri lain di dalam Malaysia kerana kita mempunyai satu hala tuju yang begitu komprehensif, jelas untuk kita laksanakan agenda pembangunan kita untuk rakyat di negeri Sabah,” katanya.

Hajiji berkata demikian kepada media selepas menerima kunjungan hormat Pengerusi Kumpulan Media Prima, Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid di Pejabat Ketua Menteri di Menara Kinabalu, hari ini.

Sementara itu, Efendi berkata, sesi perjumpaan itu mendapat reaksi positif daripada Hajiji.

“Ketua Menteri sangat positif di mana kita mahu bekerjasama (dengan kerajaan negeri) dalam aspek lebih meluas, terutama untuk menyampaikan maklumat berkaitan dasar Sabah Maju Jaya yang diasaskan oleh beliau.

“Kita bersetuju bekerjasama dengan lebih rapat dan akan menggunakan segala platform yang ada dalam Media Prima untuk menyampaikan maklumat, dasar atau usaha kerajaan negeri dengan lebih meluas.

“Kita ada kesinambungan perjumpaan kali ini. Insya-Allah Ketua Menteri bersetuju untuk mengunjungi Sri Pentas pada masa yang akan ditetapkan nanti,” katanya.

Loading...
Terkini