Tumpuan :
Nasional

Sabah kekal zakat fitrah RM7.50

Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Datuk Seri Yahya Hussin (tengah) menunjukkan kadar zakat fitrah Sabah tahun ini, hari ini. FOTO NSTP

KOTA KINABALU: Zakat fitrah di Sabah sempena Ramadan tahun ini kekal pada kadar RM7.50.

Yang Dipertua Pertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Datuk Seri Yahya Hussin, berkata kadar itu ditentukan berdasarkan sukatan satu gantang Baghdad atau 2.7 kilogram beras yang dimakan majoriti penduduk di negeri itu.

“Jumlah keseluruhan kutipan zakat fitrah tahun lalu adalah RM12,095,323.50 membabitkan 1,612,556 orang.

“Bilangan terbabit menunjukkan peningkatan 5,369 pembayar atau 0.33 peratus berbanding 2023.

“Bagi kutipan zakat harta, jumlah keseluruhan yang diperoleh adalah RM122,358,037.15,” katanya pada sidang media Majlis Pengisytiharan Kadar Zakat Fitrah Negeri Sabah di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Yahya berkata, MUIS melantik 2,050 orang wakil amil dan 40 penyelaras wakil amil bagi menyelaras serta memungut zakat fitrah sepanjang Ramadan 2025.

“Tahun ini, MUIS memperuntukkan RM19.6 juta untuk diagih kepada golongan asnaf di seluruh Sabah sepanjang Ramadan tahun ini.

“Antara golongan asnaf yang menerima agihan zakat pada tahun lalu adalah asnaf fakir, miskin, mualaf, amil, Al-Riqab, Al-Gharimin, Ibnu Sabil dan Fisabilillah,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini