comscore
Tumpuan :
Nasional

RUU tangani buli siber lebih tegas dibentangkan pada sidang Parlimen akan datang

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.- Foto fail

BUKIT MERTAJAM: Rang Undang-Undang (RUU) bagi menangani kes buli siber dengan lebih tegas akan dibentangkan pada sidang Parlimen akan datang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, isu buli tidak boleh dipandang ringan kerana ia boleh memberi impak psikologi seperti penderaan mental hingga berupaya mengancam nyawa dan keselamatan seseorang yang mengalaminya.

Tegasnya, walaupun negara mengamalkan prinsip kebebasan namun tidak semestinya seseorang itu bebas untuk melakukan jenayah terutama buli.

“Kebebasan bukan untuk kamu dera orang. Kebebasan bukan untuk kamu menghina orang, mengaibkan orang.

“Negara ini bercakap soal kebebasan dan keadilan tetapi tidak akan membenarkan sebarang penindasan, penghinaan dan penyalahgunaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Temu Anwar Generasi Ada Idea (Gen-AI) di tapak Parkir Gravitas Jalan Baru Prai, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, kerajaan mengambil inisiatif memperkenalkan undang-undang lebih tegas, susulan kes buli siber dilihat semakin membimbangkan.

“Kita (kerajaan) akan perkenalkan undang-undang buli siber yang lebih tegas yang kita akan (bentang dalam) sidang Parlimen (nanti).

“Badan-badan seperti MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia), PDRM (Polis Diraja Malaysia) diminta untuk ambil tindakan maksimum yang mungkin, jangan tolak ansur,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini