Tumpuan :
Nasional

RUU tahanan rumah dijangka dibentang akhir tahun ini – Menteri Dalam Negeri

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. – Foto NSTP

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) baharu berkaitan tahanan di rumah dijangka akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada sesi Parlimen penghujung tahun ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata, ketika ini Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang giat menjalankan perbincangan dengan Jabatan Peguam Negara berkaitan penggubalan akta terbabit.

“KDN sedang dalam proses untuk pinda Akta Penjara 1995. Kelulusan Kabinet dari segi dasar sudah diperoleh.

“Ketika ini KDN sedang berbincang dengan Jabatan Peguam Negara untuk gubal (akta tahanan di rumah).

“Kita menjangkakan mungkin (dibentangkan) pada sesi Parlimen hujung tahun ini.

“Ini memandangkan buat masa ini belum ada undang-undang yang membolehkan tahanan rumah dijalankan, yang ada sekarang, perintah pembebasan berlesen, perintah kehadiran wajib atau parol,” katanya.

Mengupas lanjut, Saifuddin berkata, bagi peringkat awal, KDN menyasarkan tahanan di rumah dibolehkan kepada penghuni penjara yang berada dalam kategori ‘tahanan reman’ sahaja.

Beliau turut menjelaskan, faktor utama mendorong KDN untuk memperkenalkan RUU baharu itu bertujuan mengurangkan kadar kesesakan di institusi penjara yang ketika ini dihuni lebih 87,000 orang di seluruh negara.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini