comscore
Tumpuan :
Nasional

RUU Keselamatan dalam talian kekang aktiviti jenayah di media sosial – Fahmi

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berucap pada Program Syarahan Menteri : Literasi Keselamatan Dalam Talian di UiTM Shah Alam. – FOTO: NSTP

SHAH ALAM: Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat dalam masa terdekat bertujuan mengekang aktiviti jenayah di media sosial dan bukannya menyekat kebebasan bersuara.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata ia juga akan memastikan pengendali platform media sosial lebih proaktif mengekang aktiviti jenayah di platform masing-masing bagi mengelak dikenakan tindakan.

“Hak kita untuk bersuara terkandung dan termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, iaitu undang-undang tertinggi dalam negara, maka mana-mana undang-undang terkait dengan isu kebebasan bersuara tidak boleh melangkaui Perlembagaan ini.

“Niat kita paling utama dalam pengenalan RUU itu bukan untuk mengekang suara rakyat, tetapi mengekang tindak tanduk penjenayah yang sedang memanipulasi dan mengambil kesempatan terutama di media sosial untuk melakukan jenayah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan syarahan pada Program Siri Syarahan Menteri Bertajuk “Literasi Keselamatan Digital” dianjurkan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, di sini hari ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini