comscore
Tumpuan :
Nasional

RUU Keselamatan Dalam Talian dibentang Oktober

Oleh: Syafiqah Damanhuri

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian akan dibentang di Parlimen Oktober ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata perkara itu dilakukan bersama Kementerian Komunikasi.

“InsyaAllah (bentang) bulan 10. Kita buat bersama Kementerian Komunikasi tetapi akta itu akan saya bawa ke Parlimen.

“Pelaksanaannya di bawah Kementerian Komunikasi, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).” Katanya dalam satu sidang media selepas melawat ke Laman Media di Perhimpunan Agung UMNO 2024.

Terdahulu, perundangan baharu bagi meningkatkan tahap keselamatan dalam talian merangkumi peruntukan berhubung tatacara dan penguatkuasaan suis pemati (kill switch) secara terperinci dan jelas.

Undang-undang itu akan meletakkan tanggungjawab kepada penyedia perkhidmatan media sosial dan penyedia perkhidmatan pesanan Internet.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini