comscore
Tumpuan :
Nasional

RUU Kawalan Produk Tembakau dibentang 12 Jun

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 dijadual dibentangkan ke Dewan Rakyat 12 Jun ini membabitkan enam pindaan dan penambahbaikan.

Antaranya termasuk menurunkan kadar denda kepada RM500 berbanding RM5,000.

Perkara lain termasuk menetapkan kuasa penguatkuasaan seperti diperuntuk dalam draf RUU terdahulu dihadkan hanya bagi tujuan pengilangan, pembungkusan, penyimpanan, penyerahan, pengedaran atau penjualan produk.

Turut diperkenalkan perintah khidmat masyarakat.

Isu pemeriksaan badan kepada golongan generasi penamat (GEG) tidak lagi terpakai selepas peruntukan berkait larangan pemilikan kepada GEG seperti yang terkandung dalam RUU terdahulu sudah digugurkan.

Menurut Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa jumlah denda RM500 yang dikurangkan dari RUU pertama itu iaitu RM5,000 bertujuan untuk mendidik masyarakat.

Dedah timbalan beliau, Lukanisman bin Awang Sauni pula ahli parlimen kerajaan dan pembangkang turut menyifatkan kadar RM5,000 itu terlalu tinggi.

Mengikut RUU baru itu, satu pembentangan laporan keberkesanan berkala perlu dibuat pada setiap lima tahun di Dewan Rakyat dan Dewan Negara, dengan laporan pertamanya akan dibentang sebelum Januari 2025.

Loading...
Terkini