Tumpuan :
Nasional

RUU Kawalan Produk Merokok bakal diputuskan hari ini

Foto hiasan

Oleh: Hamdi Fahmi Mohamad Zaki

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 bakal diputuskan Dewan Rakyat hari ini  setelah rang undang-undang itu dibahas oleh 26 Ahli Parlimen, semalam.

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa dijadual melakukan penggulungan perbahasan RUU itu  yang antaranya memperuntukkan larangan bagi menjual dan membeli produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau atau mengadakan apa-apa perkhidmatan untuk merokok kepada Orang Belum Dewasa (OBD).

Selasa lalu, Zaliha dilapor berkata, keputusan untuk menggugurkan peruntukan berkaitan Generasi Penamat Rokok (GEG) daripada rang undang-undang yang dibentangkan tidak bermakna ia dilupakan sepenuhnya.

Jelas beliau, ia bukan pengguguran secara kekal, sebaliknya Kementerian Kesihatan mengambil keputusan mengutamakan penggubalan RUU terbabit, tanpa isu berbangkit berkaitan perundangan kelak atas nasihat Pejabat Peguam Negara (AGC).

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini