Tumpuan :
Nasional

RUU Industri Perkhidmatan Air (Pindaan) 2024 diluluskan di Dewan Negara

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

KUALA LUMPUR: Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Industri Perkhidmatan Air (Pindaan) 2024 selepas mendapat sokongan sebulat suara semua Ahli Dewan Negara.

Perkara itu diumumkan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah ketika mempengerusikan sementara persidangan hari ini.

RUU itu dibaca kali kedua dan ketiga oleh Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir sebelum dibahaskan 11 Ahli Dewan Negara.

RUU itu jelas Akmal Nasrullah termasuk Pindaan Akta 655 dilaksanakan dengan memberi tumpuan kepada 13 peruntukan melibatkan seksyen sedia ada dan elemen pemberatan hukuman dan penyenaraian kesalahan baharu.

“Secara keseluruhannya, cadangan pindaan Akta 655 ini dilihat akan memperkukuhkan kawal selia dalam industri perkhidmatan air sekali gus
membolehkan isu-isu semasa yang kritikal berkaitan perkhidmatan air negara ditangani dengan kadar segera.

“Pindaan ini juga akan menjadikan akta ini lebih relevan dengan keperluan semasa dan berupaya memenuhi keperluan negara,” jelasnya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini