Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Rusuhan penyokong bola sepak, 20 lagi direman 

 

Oleh: Selwam Arjunan

GEORGE TOWN: 20 lagi individu ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung insiden rusuhan antara penyokong pasukan bola sepak Pulau Pinang dan Kedah, di sini, Selasa lalu.

Kesemua suspek berusia 18 hingga 38 tahun itu dibawa ke Mahkamah Majistret, di sini, kira-kira jam 9 pagi tadi.

Majistret Nur Melati Diana Abd Wahab membenarkan perintah reman selama tiga hari sehingga 26 Ogos.

Artikel berkaitan: Penyokong Penang dan Kedah bergaduh

Semalam, 7 suspek turut ditahan reman selama dua hari.

Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 427 kerana perbuatan khianat.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Soffian Santong berkata dua kumpulan penyokong Penang FC dan Kedah Darul Aman FC terlibat dalam pergaduhan di luar Stadium Bandaraya, di sini, selepas perlawanan Liga Super antara pasukan terbabit.

Provokasi dari kedua-dua kumpulan menyebabkan kejadian membaling objek dan pergaduhan tercetus di sebuah stesen minyak di Jalan Datuk Keramat.

Pihak polis segera meleraikan keadaan dan menahan 7 suspek di lokasi kejadian, manakala dua cedera di kepala dan cermin bas penyokong Kedah pecah dalam rusuhan.

Loading...
Terkini