comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Runtuhan terowong ECRL punca tanah mendap di Lebuhraya Karak

PETALING JAYA: Mendapan besar di Kilometer 66.1 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak malam tadi berpunca daripada runtuhan terowong 2 Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).Kementerian Kerja Raya dalam kenyataannya memaklumkan laporan awal pihak Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) mendapati tanah mendap terbabit akibat runtuhan terowong 2 ECRL yang berada 13 meter di bawah laluan berkenaan.

Katanya, runtuhan itu telah menyebabkan tanah mendap seluas 9.5 meter (m) lebar x 10 (m) panjang x 4.3 (m).

“Pihak kontraktor telahpun mengambil tindakan dengan menimbus kawasan mendapan dengan konkrit sejak malam tadi. Kerja-kerja turapan akan dimulakan sejurus selepas konkrit keras.

“Bagi pembaikan jangka panjang, satu siasatan menyeluruh akan dilaksanakan Kementerian Kerja Raya menerusi Lembaga Lebuhraya Malaysia dengan kerjasama pihak terlibat.

“Pemantauan berterusan dilaksanakan bagi mengesan jika ada pergerakan bawah tanah di lokasi kejadian,” kata kenyataan itu.

FOTO: Facebook Alexander Nanta Linggi

Mendapan yang berlaku kira-kira pukul 8.30 malam semalam itu menyebabkan penutupan kedua-dua arah Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.

Sementara itu, Menteri Kerja Raya Alexander Nanta Linggi berkata, kerja menimbus mendapan konkrit telah dibuat segera bagi membolehkan laluan itu digunakan segera pengguna lebuh raya.

“Saya difahamkan pukul 7 petang ini sudah boleh digunakan semula,” katanya

Loading...
Terkini