comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Runtuhan tebing di Puchong, kawasan pembinaan projek LRA tenggelam 

PETALING JAYA: Runtuhan tebing sungai di Taman Mas, Puchong telah menenggelamkan kawasan pembinaan projek loji rawatan air sedalam 19 meter.

Pengarah Jabatan Bomba dan. Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian 4.14 petang.

@buletintv3 Runtuhan tebing sungai di Taman Mas, Puchong telah menenggelamkan kawasan pembinaan projek loji rawatan air sedalam 19 meter. #BuletinTV3 #tebingruntuhh #Puchong ♬ original sound – BuletinTV3

Menurutnya, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya membabitkan lapan pegawai serta anggota dikejarkan ke lokasi.

Tiada mangsa dilaporkan terbabit dalam kejadian itu.

Pihak bomba membuat pemantauan dan mengarahkan pihak pengurusan pembinaan bagi memberhentikan kerja kerja pembinaan.

Pihak pengurusan turut diminta memaklumkan kejadian kepada Majlis Perbandaran Sepang (MPS) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk memastikan kawasan runtuhan itu selamat bagi kerja pembinaan diteruskan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini