comscore
Tumpuan :
Nasional

Runtuhan struktur bangunan, pihak berkuasa nilai tahap keselamatan

 

Oleh : Mas Zharif Zhafri Aziz Desa

KUALA LUMPUR : Pihak berkuasa kini sedang giat menjalankan pemantauan di lokasi runtuhan struktur bangunan lima tingkat di Kuchai Lama, disini.

Difahamkan, penilaian keselamatan sedang dijalankan oleh pelbagai pihak termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Kerja Raya (JKR), dan Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM) bagi menilai sama ada bangunan lima tingkat terbabit masih selamat untuk diduduki ataupun tidak.

Menurut sumber, runtuhan ini melibatkan struktur asal bangunan dan bukannya struktur tambahan.

Sementara itu di lokasi kejadian, lebih 15 anggota dan pegawai dari pelbagai agensi dan jabatan.

Media sebelum ini melaporkan sekurang-kurangnya 10 kenderaan rosak selepas struktur rasuk pada bumbung sebuah bangunan komersial lima tingkat di Jalan Kuchai Lama, di sini runtuh. malam tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10.40 malam membabitkan Blok A, Bangunan Sri Desa Kuchai di Kuchai Entreprenuers Park, di sini.

Artikel berkaitan : 10 kenderaan ranap dihempap struktur bangunan

Loading...
Terkini